Pages

.

.

Cakra Khan tertekan




NAMANYA mula menjadi sebutan selepas single pertama Harus Terpisah berjaya mendapat tempat di hati pendengar.

Kejayaan Cakra Khan tidak terhenti di situ malah berjaya mengembangkan bakatnya apabila dirinya dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik Artis Baru Lelaki dan Lagu Serantau Terbaik (Harus Terpisah) menerusi Anugerah Planet Muzik 2013.

Bercakap mengenai perkara itu, Cakra bagaimanapun akui kemenangannya membawa maksud tanggungjawab yang digalas semakin berat.

“Memang saya tertekan kerana selepas diterima baik orang pendengar dan memenangi anugerah, saya perlu mencari alternatif lain untuk mengekalkan prestasi yang sebelum ini.

“Beban semakin bertambah kerana peminat pastinya mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada saya selepas ini.

“Apa sahaja yang akan saya lakukan selepas ini, saya harus memastikan ia adalah yang terbaik kerana saya tidak mahu mengecewakan mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada saya,” ujarnya.

Berkongsi mengenai perkembangan terbaharunya, penyanyi bersuara serak basah ini memberitahu bakal tampil dengan single keempatnya di Indonesia.

“InsyaALLAH, perancangan terdekat adalah single ke empat dan pada masa yang sama dalam perancangan album kedua.

“Saya mahu memilih lagu-lagu yang terbaik seperti mana lagu yang sebelum ini.

“Untuk single keempat ia juga berkesinambungan daripada single yang terdahulu,” katanya yang baru sahaja tampil dengan lagu duet, Seluruh Cinta bersama Datuk Siti Nurhaliza. - Info Sinar Harian

KOMEN ANDA