Selepas kompilasi sulung 'Acoustix' mendapat sambutan hangat peminat muzik, Universal Music telah melancarkan 'Acoustix 2' yang memuatkan deretan lagu popular masa kini yang dinyanyikan secara akustik.  
 
Antara artis yang terdapat dalam album ini adalah Passenger, Maroon 5, Emeli Sande, Katy Perry, Aloe Blacc, KT Tunstall, HAIM, Norah Jones, Sam Smith dan ramai lagi. Peminat pastinya terhibur dengan lagu-lagu popular seperti 'Never gonna Leave This Bed', 'Wake Me Up', 'don't Save Me', Walk away', Dirty Paws', 'Let Her Down Easy', 'Little Dancer', Latch' dan banyak lagi. 
 
Didatangkan dalam cakera padat berkembar, 'Acoustix 2' pastinya akan menjadi koleksi yang perlu dimiliki oleh semua. Apatah lagi, dengan setiap lagu diberikan nafas baru berentak akustik, peminat pasti dapat membuai perasaan dengan muzik yang lebih samtai untuk lagu popular masa kini.  - Info