Nama kumpulan Modern Talking mungkin kurang dikenali dikalangan penggemar muzik hari ini. Namun, kumpulan yang dianggotai oleh duo berasal dari Jerman iaitu Thomas Anders dan Dieter Bohlen telah 30 tahun mewarnai industri muzik dunia. Kini, demi meraikan legasi tiga dekad muzik mereka, Sony Music telah melancarkan kompilasi yang memuatkan deretan lagu-lagu popular kumpulan ini. 
 
30 didatangkan dalam cakera padat berkembar termasuklah CD remix. Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah 'Just We Two', 'TV Makes The Superstar', 'Juliet', 'Ready For The Victory', 'Last Exit To Brooklyn', 'Win The Race', 'Don't Take Away My Heart' dan banyak lagi. 
 
Lebih menarik, album ini telah menjalani proses mastering semula bagi memastikan kualiti terbaik bagi setiap lagu yang dimuatkan. Jika anda adalah peminat setia Modern Talking atau ingin mendalami muzik yang dibawakan oleh kumpulan ini, jangan lupa dapatkan 30 di pasaran sekarang!  - info