Pages

.

.

Angkara Kau & Percintaan - Omey Yana kembalikan nostalgia muzik 90an



Angkara Kau & Percintaan single terbaru dari Omey Yana atau nama sebenar Nur Liyana Binti Hassan yang berasal dari serdang selangor, telah merakamkan single album pertama beliau Angkara Kau & Percintaan dikala industri muzik di Malaysia ini banyak melahir lagu-lagu yang berbentuk moden,hiphop dan lain-lain,Penyanyi kecil molek ini cukup berani tampil membawa konsep muzik Pop Kreatif seperti lagu-lagu balada melayu yang popular di era 90an, Omey Yana yang sebelum ini pernah berkerjasa dengan Komposer penulis lirik Iaitu Arwahyarham Seri Bayu, sempat merakamkan single bersama arwahyarham seri bayu, tetapi tidak kesampaian Arwahyarham pergi menemu Ilahi.

Single ini dimuatkan dua buah lagu iaitu " Angkara Kau & Percintaan , dan Mencuba" diterbitkan oleh Madratts Publisher. Didalam single ini Omey Yana berkerja sama bersama komposer muda Rex dari Kumpulan muzik Malaysia/Antarabangsa Nuclear Strikes, liriknya ditulis oleh Mizoyake, Rex Nuclear Strikes juga selaku penerbit album Omey Yana - Angkara Kau & Percintaan.

review FRESH !  untuk album single ini, seperti lagu Angkara Kau & Percintaan muziknya cukup padat ,dengan intro ala Gothic, tetapi susunannya cukup mengembalikan nostalgia muzik 90an seperti, lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Fauziah Latiff,Ziana Zain,Aishah,Dayangku Intan. dengan penghayatan liriknya cukup berkualiti dan cukup tersusun. sesuai pada era sekarang cara Omey Yana menyampaikan lagu ini cukup bagus dan sangat menghayati keseluruhannya sangat Dramatik.

untuk lagu "Mencuba" apa yang Fresh ! dengarkan rentaknya Pop rock, ada unsur funky sedikit apabila digabungkan cukup catchy , penghayatan liriknya juga bagus, Omey Yana mempunyai suara lantang apabila membawa lagu ini. bila terdengar lagu ini teringat di era lagu Amy Mastura dan Raja Ema..

single album ini dipasarkan penjualannya secara Digital, seperti Itunes,Deezer dan Spotify

Review Fresh ! 4/5 star

Omey Yana Official Fan Pages - https://www.facebook.com/pages/OMEY-YANA-Official/689423474518585


album boleh di dapati di sini
ITunes - https://itun.es/my/4SIt7
Spotify - http://open.spotify.com/track/5DOdBGfp5sLvlnMSqI1B3J
Deezer - http://www.deezer.com/album/10357728


KOMEN ANDA