Pages

.

.

OHZILA LOVA single album 'MENGGAPAI HATI DI SELAMI'



Pada waktu ini terlalu ramai artis-artis baru yang timbul, dengan perbagai konsep muzik, sampai kita tidak dapat menikmati muzik yang sebenar adakah ini yang dimaksudkan trendy muzik terkini? , Ohzila Lova satu nama yang sungguh asing di arena Industri muzik tanah air malaysia kita ini, artis rakaman dari Madratts Entertainment ini baru sahaja melancarkan album single yang bertajuk 'menggapai hati di selami.' dengan konsep balada, di dalam album ini mempunyai 2 buah lagu, menggapai hati di selami dan fantasia cinta. lagu-lagu di dalam album ini cukup memuaskan hati kepada sesiapa yang memilikinya. kerana kita dapat mendengar alunan melodi melayu yang cukup kuat, pada saya lagu "menggapai hati di selami
sama seiring standard  dengan lagu-lagu nyanyian dari Alyah , Dato Siti Nurhaliza. mungkin kita terleka dengan adanya dan kemasukan muzik dari luar negara, sampaikan kita sudah terlepas pandang pada artis baru tempatan yang mempunyai standard  yang sama dengan artis yang popular.  Ohzila Lova , mempunyai suara yang cukup matang standard yang mampu bersaing dengan artis-artis popular diluar sana.. anak kelahiran Sabah dan dibesarkan di perak ini , pernah bersama di akedemi selendang perak, sebagai penyanyi dan penari kebudayaan. 

lagu track kedua dari Ohzila Lova, 'Fantasia Cinta' berkonsepkan pop rock , apa yang saya dengar kan lagu ini radio friendly , muzik yang cukup santai dan menceriakan suasana pada sesiapa yang mendengarnya.  lagu-lagu yang dimuatkan dalam album single "Menggapai Hati di Selami ini , ciptaan dari composer muda tempatan yang sedang meningkat naik , Rexx dari kumpulan band Nuclear Strikes. album ini diterbitkan pada 25 may 2015 oleh syarikat rakaman Mr Madratts Entertainment ini telah pun berada di pasaran digital seperti ITunes,Spotify dan Deezer.

Review FRESH 5.5 star 


Album boleh didapat di



KOMEN ANDA