Pages

.

.

OHZILA LOVA single album 'MENGGAPAI HATI DI SELAMI'



Pada waktu ini terlalu ramai artis-artis baru yang timbul, dengan perbagai konsep muzik, sampai kita tidak dapat menikmati muzik yang sebenar adakah ini yang dimaksudkan trendy muzik terkini? , Ohzila Lova satu nama yang sungguh asing di arena Industri muzik tanah air malaysia kita ini, artis rakaman dari Madratts Entertainment ini baru sahaja melancarkan album single yang bertajuk 'menggapai hati di selami.' dengan konsep balada, di dalam album ini mempunyai 2 buah lagu, menggapai hati di selami dan fantasia cinta. lagu-lagu di dalam album ini cukup memuaskan hati kepada sesiapa yang memilikinya. kerana kita dapat mendengar alunan melodi melayu yang cukup kuat, pada saya lagu "menggapai hati di selami
sama seiring standard  dengan lagu-lagu nyanyian dari Alyah , Dato Siti Nurhaliza. mungkin kita terleka dengan adanya dan kemasukan muzik dari luar negara, sampaikan kita sudah terlepas pandang pada artis baru tempatan yang mempunyai standard  yang sama dengan artis yang popular.  Ohzila Lova , mempunyai suara yang cukup matang standard yang mampu bersaing dengan artis-artis popular diluar sana.. anak kelahiran Sabah dan dibesarkan di perak ini , pernah bersama di akedemi selendang perak, sebagai penyanyi dan penari kebudayaan. 

lagu track kedua dari Ohzila Lova, 'Fantasia Cinta' berkonsepkan pop rock , apa yang saya dengar kan lagu ini radio friendly , muzik yang cukup santai dan menceriakan suasana pada sesiapa yang mendengarnya.  lagu-lagu yang dimuatkan dalam album single "Menggapai Hati di Selami ini , ciptaan dari composer muda tempatan yang sedang meningkat naik , Rexx dari kumpulan band Nuclear Strikes. album ini diterbitkan pada 25 may 2015 oleh syarikat rakaman Mr Madratts Entertainment ini telah pun berada di pasaran digital seperti ITunes,Spotify dan Deezer.

Review FRESH 5.5 star 


Album boleh didapat di



OVIA band, 'Dilema Luka' single album.



Ovia , sebuah kumpulan dari Kajang Selangor ini, merakamkan single pertama mereka berjudul Delima Luka, kumpulan ini berkonsepkan Hard Rock. Lagu delima luka ditulis oleh Composer dan pemain Flute iaitu Ayawan Masafir single . Single album ini telah dilancarkan pada 1 Jun 2015. Di saluran digital, diterbitkan oleh Composer muda Rex dari kumpulan Nuclear Strikes. Terbitan Madratts.

Review Fresh! 3/5

Boleh dapati di ITunes
Dilema Luka - Single by Ovia
https://itun.es/my/J6lK7

Angkara Kau & Percintaan - Omey Yana kembalikan nostalgia muzik 90an



Angkara Kau & Percintaan single terbaru dari Omey Yana atau nama sebenar Nur Liyana Binti Hassan yang berasal dari serdang selangor, telah merakamkan single album pertama beliau Angkara Kau & Percintaan dikala industri muzik di Malaysia ini banyak melahir lagu-lagu yang berbentuk moden,hiphop dan lain-lain,Penyanyi kecil molek ini cukup berani tampil membawa konsep muzik Pop Kreatif seperti lagu-lagu balada melayu yang popular di era 90an, Omey Yana yang sebelum ini pernah berkerjasa dengan Komposer penulis lirik Iaitu Arwahyarham Seri Bayu, sempat merakamkan single bersama arwahyarham seri bayu, tetapi tidak kesampaian Arwahyarham pergi menemu Ilahi.

Single ini dimuatkan dua buah lagu iaitu " Angkara Kau & Percintaan , dan Mencuba" diterbitkan oleh Madratts Publisher. Didalam single ini Omey Yana berkerja sama bersama komposer muda Rex dari Kumpulan muzik Malaysia/Antarabangsa Nuclear Strikes, liriknya ditulis oleh Mizoyake, Rex Nuclear Strikes juga selaku penerbit album Omey Yana - Angkara Kau & Percintaan.

review FRESH !  untuk album single ini, seperti lagu Angkara Kau & Percintaan muziknya cukup padat ,dengan intro ala Gothic, tetapi susunannya cukup mengembalikan nostalgia muzik 90an seperti, lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Fauziah Latiff,Ziana Zain,Aishah,Dayangku Intan. dengan penghayatan liriknya cukup berkualiti dan cukup tersusun. sesuai pada era sekarang cara Omey Yana menyampaikan lagu ini cukup bagus dan sangat menghayati keseluruhannya sangat Dramatik.

untuk lagu "Mencuba" apa yang Fresh ! dengarkan rentaknya Pop rock, ada unsur funky sedikit apabila digabungkan cukup catchy , penghayatan liriknya juga bagus, Omey Yana mempunyai suara lantang apabila membawa lagu ini. bila terdengar lagu ini teringat di era lagu Amy Mastura dan Raja Ema..

single album ini dipasarkan penjualannya secara Digital, seperti Itunes,Deezer dan Spotify

Review Fresh ! 4/5 star

Omey Yana Official Fan Pages - https://www.facebook.com/pages/OMEY-YANA-Official/689423474518585


album boleh di dapati di sini
ITunes - https://itun.es/my/4SIt7
Spotify - http://open.spotify.com/track/5DOdBGfp5sLvlnMSqI1B3J
Deezer - http://www.deezer.com/album/10357728


Fazura " Sayangi Dirimu "



Fazura tidak pernah menyangka impian untuk bergelar penyanyi suatu masa dahulu kini menjadi kenyataan. Meski menyedari bakatnya di dalam bidang nyanyian tidaklah sehebat bidang lakonan, artis jelita ini berani mencabar dirinya. ‘Sayangi Dirimu’ dijadikan pertaruhan pertama untuk melihat sejauh mana dirinya diterima peminat dalam bidang nyanyian.

“Menyanyi adalah impian saya semenjak kecil lagi. Cuma mungkin baru ketika ini peluang dan rezeki menyanyi sampai kepada saya. Ia bermula dengan suka-suka, namun apabila melihat ramai yang memberikan semangat dan galakan kepada saya agar serius di dalam bidang ini, saya mula jadi seronok.

“Saya tahu, nyanyian saya tidaklah sebagus mana, tetapi apa yang penting bagi saya adalah untuk berkongsi mesej-mesej positif dengan orang di luar sana melalui nyanyian. Itulah yang saya lakukan menerusi lagu ‘Sayangi Dirimu’ di mana lirik-liriknya banyak memberikan motivasi kepada orang yang mendengarnya. Alhamdulillah, sambutan terhadap lagu ini sangat di luar jangkaan dan ramai yang menyukainya,” ujar Fazura yang mendapat kepercayaan daripada Damien dan Shah Shamsiri selaku composer dan penulis lirik lagu tersebut.

Bagaimanapun, Fazura tidak menafikan, ada juga yang memperkecilkan kebolehannya dalam bidang nyanyian. Pun begitu, dirinya sentiasa bersikap positif dan tidak mengambil hati dengan segala kritikan dan kata-kata negative yang diberikan kepadanya.

“Suatu ketika dahulu, saya sentiasa terkesan dengan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada saya. Apapun, pengalaman telah mematangkan saya. Tidak ada gunanya kita mengambil peduli perkara-perkara yang boleh menjatuhkan kita. Jujurnya saya langsung tidak berkecil hati, malah menerima segala kritikan yang diberikan dengan hati yang terbuka.

“Saya mahu menjalani kehidupan dengan penuh positif dan berkongsi hal yang sama dengan orang lain disekeliling saya. Biarlah apa yang orang nak kata, apa yang penting, kita bahagia dengan kehidupan kita,” tegas Fazura lagi. - INFO MH


Legasi Muzik Modern Talking Jangkau 3 Dekad

 
 
 
Nama kumpulan Modern Talking mungkin kurang dikenali dikalangan penggemar muzik hari ini. Namun, kumpulan yang dianggotai oleh duo berasal dari Jerman iaitu Thomas Anders dan Dieter Bohlen telah 30 tahun mewarnai industri muzik dunia. Kini, demi meraikan legasi tiga dekad muzik mereka, Sony Music telah melancarkan kompilasi yang memuatkan deretan lagu-lagu popular kumpulan ini. 
 
30 didatangkan dalam cakera padat berkembar termasuklah CD remix. Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah 'Just We Two', 'TV Makes The Superstar', 'Juliet', 'Ready For The Victory', 'Last Exit To Brooklyn', 'Win The Race', 'Don't Take Away My Heart' dan banyak lagi. 
 
Lebih menarik, album ini telah menjalani proses mastering semula bagi memastikan kualiti terbaik bagi setiap lagu yang dimuatkan. Jika anda adalah peminat setia Modern Talking atau ingin mendalami muzik yang dibawakan oleh kumpulan ini, jangan lupa dapatkan 30 di pasaran sekarang!  - info

Lagu Popular Diberi Nafas Akustik


Selepas kompilasi sulung 'Acoustix' mendapat sambutan hangat peminat muzik, Universal Music telah melancarkan 'Acoustix 2' yang memuatkan deretan lagu popular masa kini yang dinyanyikan secara akustik.  
 
Antara artis yang terdapat dalam album ini adalah Passenger, Maroon 5, Emeli Sande, Katy Perry, Aloe Blacc, KT Tunstall, HAIM, Norah Jones, Sam Smith dan ramai lagi. Peminat pastinya terhibur dengan lagu-lagu popular seperti 'Never gonna Leave This Bed', 'Wake Me Up', 'don't Save Me', Walk away', Dirty Paws', 'Let Her Down Easy', 'Little Dancer', Latch' dan banyak lagi. 
 
Didatangkan dalam cakera padat berkembar, 'Acoustix 2' pastinya akan menjadi koleksi yang perlu dimiliki oleh semua. Apatah lagi, dengan setiap lagu diberikan nafas baru berentak akustik, peminat pasti dapat membuai perasaan dengan muzik yang lebih samtai untuk lagu popular masa kini.  - Info

Karya Terbaik Pencorak Muzik Dunia

 
 
 
 
Grammy awards yang berlangsung pada 8 Februari lalu berjaya mengiktiraf bakat-bakat muzik terbaik yang memeriahkan industri seni antarabangsa sepanjang tahun lalu. 
 
Bagi meraikan mereka yang berjaya dan semua calon bertanding, satu album kompilasi yang memuatkan karya-karya hebat telah dilancarkan iaitu Grammy 2015 Nominees. 
 
Album ini memuatkan 21 lagu hebat dan terbaik nyanyian artis popular masa kini seperti Taylor Swift, Iggy Azalea, Ed Sheeran, Meghan Trainor, Katy Perry, Coldplay, Miley Cyrus, Sia, John Legend, Hozier dan ramai lagi. 
 
Antara lagu yang dimuatkan adalah 'Shake It Off', 'Fancy', 'Problem', Dark Horse', 'Wrecking Ball', 'Chandelier', 'All of Me' dan banyak lagi. Jika anda mencari album kompilasi yang terbaik, album inilah yang perlu dimiliki.
 
Trivia:
Sebanyak 83 kategori telah disediakan untuk Anugerah Grammy pada tahun ini berbanding 82 pada tahun lalu. Lebih daripada 70 anugerah tersebut disampaikan lebih awal dalam majlis yang kenali sebagai Premiere Ceremony.  - info
 

KOMEN ANDA